Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipancung

Puisi
 

Limau purut dipancung putus,
     Diputus dengan hujung pedang;
Harimau mati dilanggar tikus,
     Buaya mati di tepi gudang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Didenda dengan emas yang habis,
     dipancung dengan pedang yang hilang.

Bermaksud :

Didenda atau dihukum hanya dengan syaratnya saja kerana mencari perdamaian.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Didenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang.Didenda atau dihukum hanya dengan syaratnya saja kerana mencari perdamaian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak beras antah dikisik.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas