Besi baik dibajai (= diringgiti). | Barang baik, diperbaiki lagi. ringgit = rigi-rigi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belukar sudah menjadi rimba. | Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecah kapi, putus suai. | Sesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dititik belah, dipalu belah (= datar). | Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui. | Adat atau peraturan yang tak baik diganti atau diperbaiki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga. | Orang yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat juga. acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali. | Jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Usang dibarui, lapuk dikajangi. | Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu. | Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |