Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. | Suka duka sama-sama ditanggung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu. | Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berat sepikul, ringan sejinjing. | Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama menjinjing, berat sama memikul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ringan sama menjinjing, berat sama memikul. | Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki. | Aib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |