Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipilih

Puisi
 

Ada sirih ada pinang,
     Nantikan gambir dengan kapur;
Sudah dipilih sudah dipinang,
     Hanya menanti ijab kabul.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Buruk dikembang pada orang,
     elok dipilih sama seorang.

Bermaksud :

Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang.Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tebu, airnya dimakan (= ditelan), ampasnya dibuang.Dipilih yang baik dan dibuang yang buruk; gadis yang sudah dirosaki dan ditinggalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh.Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas