| Direbus tak empuk. | Sangat sukar dikalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Batu direbus masakan empuk. | Orang bodoh tak dapat diberi ajaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kacang direbus satu. | Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti udang direbus. | Orang yang bermuka merah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Manis udang, maka ketam direbus tak merah? | Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Direndam tak basah. | Sangat sukar dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Direbus tak empuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |