| Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya. | Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah. | Mempertahankan diri di tengah-tengah musuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai kera dapat canggung. | Merapatkan dirinya kepada orang yang telah menolongnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai gulai lengkitang. | Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. lengkitang = siput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kaduk naik junjung. | Orang hina merasa dirinya mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengambil bungkalan kurang. | Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Awak yang celaka, orang yang diumpat. | Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merendah terbang biawak. | Perempuan yang memperlihat-lihatkan dirinya kepada lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kutu di dalam ijuk. | Pandai menyembunyikan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buntat hendak jadi gemala. | Tak tahu akan kekurangan dirinya. buntat = batu kapur yang terdapat dalam empedu (hempedu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |