| Kerja baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan. | Kerja baik dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai. berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan. | Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai tali berlembar empat, sebagai tungku sejerangan. | Suatu perkara yang sudah sempurna hasilnya kerana telah dirundingkan dengan baik sebelum mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |