| Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga (= disabung). | Belum ada keputusan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum tentu hilir mudiknya. | Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum tentu hitam putihnya. | Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum tentu si upik si buyungnya. | Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. | Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |