Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah. | Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain teringat lain disebut; bertukar angguk dengan ilallah. | Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak berengsot dari bibir. | Tidak habis-habis disebut. berengsot = berpindah perlahan-lahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati enau tinggal di rimba. | Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk, buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga. | Orang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Musang jebat lari tinggal baunya. | Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |