| Berlindung di balik telunjuk. | Rahsia yang tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tokak lekat di kening. | Malu yang tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kelip-kelip terbang malam. | Rahsia yang tiada dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ibarat kutu, boleh diselisik. | Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan. selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru? | Kebenaran itu tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mana busuk yang tidak berbau? | Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti ditempuh gajah lalu. | Pekerjaan atau kejadian yang tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai denai gajah lalu. | Pekerjaan atau kejadian yang payah benar hendak disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru? | Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. | Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |