| Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah. | Patuh menurut perintah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati. | Harap-harap percaya tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang. | Orang yang arif dan rajin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam. | Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. | Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kapak menyelam beliung. | Orang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh. | Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya. | Orang yang rajin senantiasa disuruh orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |