| Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda. | Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kain ditangkap maka duduk. | Kemiskinan yang amat sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing. | Alah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada alah di tangan orang lemah. (Bandingkan dengan: Biar luka di dada, jangan luka di belakang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menolong orang (= kerbau) ditangkap harimau. | Menolong orang yang membuat kesalahan, akhirnya menyusahkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. | Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Licin bagai belut. | Tidak mudah ditipu atau ditangkap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |