Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak. | Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi ditarik keluan. | Menurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong. | Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti aur ditarik songsang. | Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai. | Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. | Tiap-tiap kejadian buruk dapat diselesaikan bila kedua belah pihak bersedia untuk berunding atau bermesyuarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bajak sudah terdorong ke bencah. | Sudah tak dapat ditarik kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Galas terdorong kepada Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Gadai terdorong ke [pada] Cina). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gadai terdorong ke (pada) Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. | Sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah difikirkan lebih dulu, sebab kalau sudah terlanjur tak dapat ditarik kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |