Ditelan tak sengkang. | Semuanya berjalan dengan lancar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah ditelan ular lidi. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar. | Dalam keadaan yang serba salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naga ditelan ular lidi. | Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa). termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. | Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan. | Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya. | Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tebu, airnya dimakan (= ditelan), ampasnya dibuang. | Dipilih yang baik dan dibuang yang buruk; gadis yang sudah dirosaki dan ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |