Seperti pohon beringin ditiup angin. | Menentang kekerasan orang tanpa berlemah lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti panji-panji ditiup angin. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang. | Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari. | Suara yang sangat merdu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melabuh-labuh bagai buntal ditiup. | Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji. melabuh-labuh = terangkat-angkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin. | Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pucuk pohon ru; ke mana ditiup angin ke situlah melentur. | Tidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selembab-lembab (= selemau-lemau) puntung di dapur, ditiup menyala juga. | Sesuatu pekerjaan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh lambat-laun berhasil juga. lemau = lembab, lembut atau lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baling-baling di atas bukit. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Hati bagai baling-baling, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin). baling-baling = penunjuk angin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati bagai baling-baling. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |