Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditolak

Puisi
 

Sayang Siti anak tuk bandar,
     Mengail todak umpannya sagu;
Kalau benci katakan benar,
     Jangan ditolak dengan berlagu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang tak boleh ditolak,
     mujur tak boleh diraih.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ditolak tak tumbang.Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri.Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak.Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti disalak anjing bertuah.Tak dapat ditolak (bertangguh) lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Susu di dada tak dapat dielakkan.Nasib yang tak dapat ditolak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api memakan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi.Marabahaya yang tak dapat ditolak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau.Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas