Ditumbuk dikisar barulah lumat. | Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum ditumbuk belumlah bengkak. | Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak beras antah dikisik. | Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |