Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? | Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis adat kerana kerelaan. | Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang adat tegal muafakat. | Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengeluarkan kunci hati. | Menyatakan pendirian yang tak dapat diubah lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi sudah menjadi bubur. | Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diasak (= pindah) layu, dicabut mati. | Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dianjak layu, dibubut [= dianggur] mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dianjak layu, dibubut (= dianggur) mati. | Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam, dibubut = dicabut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang sehasta takkan jadi sedepa. | Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa. | Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sehasta takkan jadi sedepa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang secupak (= sesukat) takkan jadi segantang. | Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |