Mulut terdorong, emas padahannya. | Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut terlanjur, emas tentangannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut terlanjur, emas tentangannya. | Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah berkata satu. | Tidak berubah daripada yang telah diucapkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tembak yang beralamat, tujuan yang bermaksud. | Segala sesuatu yang diucapkan atau dikerjakan, ada tujuan dan maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan. | Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. dikakuk = dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |