| Diuji timbang lebih sesaga. | Perbezaan yang sangat kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diuji sama merah, ditahil (= dikati) sama berat. | Sudah sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dikati sama berat, diuji sama merah. | Pangkat atau kedudukan yang sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hitam tahan tempa, putih tahan sesah. | Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bungkal genap menahan cuba, emas baik menahan uji. | Keutamaan sifat seseorang dapat diuji dan dicuba. genap = cukup timbangannya; bungkal (bungkalan) = anak timbangan, ukuran berat emas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan. | Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. dikakuk = dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |