Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dua.dua] | دوا٢

Definisi : dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua-dua

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Dua kali dua empat.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gajah seekor gembala dua.Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dua kali dua empat.Sama saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti dua senyawa.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dua badan senyawa.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Talam dua muka.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti peluru dua setuangan.Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Salin [= sesalin] tak tumpah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pelanduk dua serupa.Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setikar seketiduran.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Seperti dua senyawa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sekelat muka dua.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910

Kembali ke atas