Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.du/.du.du/] | دودوق٢

Definisi : berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.du/.du.du/] | دودوق٢

Definisi : (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk-duduk

Puisi
 

Duduk-duduk atas jambatan,
     Budak-budak membelah rotan;
Baik dibuang segala muatan,
     Datang barat campur selatan.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Duduk sehamparan,
     tegak sepematang.

Bermaksud :

Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau.Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk sehamparan, tegak sepematang.Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak.Selalu bekerja tidak berhenti-henti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang.Perempuan berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk di ambung-ambung taji.Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk dengan sukatan.Orang yang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk dengan cupak dan gantang.Ketua yang adil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk dalam duri yang banyak, bersandar di batang rengas.Hidup yang serba salah, kerana menghadapi bencana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk berkurung siang malam.Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk berkisar, tegak berpaling.Memungkiri apa yang telah dikatakan dulu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas