Bagai dulang dengan tudung saji. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. | Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih. | Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menepuk (= mencapak) air di dulang, terpercik muka sendiri juga. | Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang. | Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai cembul dapat tutupnya. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain orang, lain pendapat. | Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cembul dengan tutupnya. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Seperti telap dengan tudungnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti telap dengan tudungnya. | Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Cembul dengan tutupnya). telap (telepa) = tempat bau-bauan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |