Memanjat terkena seruda. | Usaha yang mendapat rintangan. seruda = duri-duri yang dipasang di bawah pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alu pencungkil duri. | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti antan pencungkil duri. | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Alu pencungkil duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari lecah, lari ke duri. | Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut akan lumpur, lari ke duri. | Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duri di hutan siapa pertajam. | Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai duri dalam daging. | Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memperagakan duri sebatang kepada landak. | Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya. memperagakan = menunjukkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepeti duri sebatang terbuang. | Orang miskin yang tiada diendahkan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tampak duri takkan mengait. | Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |