Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.rian] | دورين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ me­nunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt men­timun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.rian] | دورين

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan berduri), Durio zibethinus. ~ belanda (eropah, mekah) nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Annona muricata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Durian dengan mentimun,
     menggolek rosak,
kena golek binasa.

Bermaksud :

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Durian seambung dengan timun.Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa.Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat durian runtuh.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masak durian, masak manggis.Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa.Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti mentimun dengan durian.Orang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, mentimun juga yang binasa.Perlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat tebu rebah.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas