Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah. | Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beroja berpegang ekor. | Kepercayaan yang setengah hati. beroja = menggalaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang. | Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkelahi di ekor alahan. | Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cerdik bagai ekor kerbau. | Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kepala yu, ekor babi. | Suka berpura-pura atau bermuka dua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muka licin, ekor berkedal. | Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Moncong seperti ekor ayam. | Tak berhenti-henti bercakap; tiada diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sementara menyorok ekor habis. | Orang yang malang nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |