Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga. | Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga. | Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rezeki elang tak akan dapat dimakan oleh musang (= burung pipit). | Rezeki seseorang tidak akan dapat direbut oleh yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti elang menyongsong angin. | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kuau mengigal [= menyesar]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belalang disangka elang. | Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam disambar elang. | Mati tanpa sakit. (Bandingkan dengan: Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang. | Malang sekali; nasib yang buruk. (Bandingkan dengan: Bagai ayam disambar elang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti rabuk dengan api. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |