Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.bun.em.bun] | امبون٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas laut, Scaevola frutescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embun-embun

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Seperti embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Kasih sayang yang lekas hilang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Embun di hujung rumput.Tiada kekal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti embun di hujung rumput.Kasih sayang yang lekas hilang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti embun di atas daun.Niat yang selalu berubah-ubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malam berselimut embun, siang bertudung awan.Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mestika embun.Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menelan mestika embun.Mendengar nasihat yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir.Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seumpama bunga di gaung batu, taruk kaca tangkainya embun.Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siang berpanas, malam berembun.Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas