Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. | Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minyak habis sambal tak enak. | Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebusuk-busuk lauk, kalau dibasuh enak juga. | Sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air diminum sembiluan. | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua kelapa, makin tua berminyak. | Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kahwin ke Batubara, kalau mati ke Melaka. | Perihal orang yang mencari yang enak dan senang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |