Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.gan.eng.gan] | اڠݢن٢

Definisi : hendak tidak hendak, mahu tidak mahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enggan-enggan

Peribahasa

Angguk enggan,
     geleng mahu,
unjuk tidak diberikan.

Bermaksud :

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata.Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan.Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angguk enggan, geleng ia.Lain di mulut, lain di hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya.Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar.Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing dimandikan pagi.Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kambing dihalau [= diseret ke air]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berat hati beratlah tulang.Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mengangkut batu di bencah.Menyuruh orang yang enggan melakukan pekerjaan. bencah = paya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing dihalau (= diseret) ke air.Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak kelih mahu tengok.Hanya mahu hasilnya saja, tetapi enggan berusaha.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas