Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Enggang lalu ranting patah. | Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang. | Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit. | Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selama enggang mengeram. | Lama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. | Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendengarkan cakap enggang. | Mendengarkan pujukan musuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |