Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.sa] | اسا

Definisi : satu, tidak lebih dan tidak kurang drpd satu, tunggal; kurang ~ empat puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg ~ Tuhan yg hanya satu; ~ hilang, dua terbilang prb terus berusaha dgn keazaman hingga tercapai cita-cita; berbilang dr ~, mengaji dr alif prb membuat sesuatu itu hendaklah dimulai dr permulaannya; esa-esaan keseorangan, berasa sunyi;mengesakan membuat (menjadikan, menganggap, dll) satu: aku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya; keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal: ~ Tuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.sa] | اسا

Definisi : tidak lebih dan tidak kurang drpd satu; satu; tunggal: kurang ~ empat puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg Maha ~ Tuhan yg Tunggal. mengesakan menjadikan atau menganggap esa (satu): ~ Tuhan mengakui bahawa Tuhan tunggal. keesaan sifat yg satu (tidak lebih atau tidak kurang): ~ Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esa

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berbilang dari esa,
     mengaji dari alif.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Esa hilang, dua terbilang.Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pertama hilang, kedua terbilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbilang dari esa, mengaji dari alif.Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal.Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pertama hilang, kedua terbilang.Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Esa hilang, dua terbilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas