Mengasah parang timah. | Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menuntut piutang lapuk. | Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuba habis (= binasa), ikan tak dapat. | Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memerah kain basah orang. | Mengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat sesuatu faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memelihara gajah putih. | Menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya. | Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat). | Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi. | Perbuatan yang tidak mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain pendinding miang, wang pendinding malu. | Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alim bagai katak di tepi air. | Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |