Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikiran

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul;
     fikiran singkat akal pun tumpul.

Bermaksud :

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang.Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekudung limbat, sekudung lintah.Fikiran yang tiada tetap: sebentar begini, sebentar begitu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba.Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pikir (fikir) itu pelita hati.Fikiran suluh kebenaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Padi selumbung dimakan orang banyak.Fikiran isteri daripada seorang suami yang beristeri dua tiga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akal sebagai makan nasi lecek.Fikiran seperti anak-anak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dada manusia tidak dapat diselam.Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran.Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Condong ditumpil, lemah dianduh.Memberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan. ditumpil = ditunjang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas