Bagai gadis jolong menumbuk. | Rajin dan bersungguh-sungguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gadis sudah berlaki. | Anak perawan yang pemalas dan pengotor. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gadis jolong bersubang, bujang jolong berkeris. | Sangat sombong kerana kekayaan (kemuliaan) yang baru diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam gadis bertelur. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan terhenti-henti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Janda belum berlaki. | Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelapa ditebuk tupai. | Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Labu dikerbuk tikus. | Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kelapa ditebuk tupai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kena sentung pelali. | Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam seekor bertambang dua. | Gadis seorang, dua bujang yang ingin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beban sudah di pintu. | Anak gadis yang sudah besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |