Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau direndam dlm air atau dibancuh dgn abu basah, boleh dimakan), Dioscorea hispida;hijau ~ hijau muda (spt warna daun gadung); mabuk ~ a) mabuk kerana makan gadung; b) gila berahi; ~ cina sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax cina; ~ jantan = akar ~ tikus sj tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, Smilax helferi; ~ kasturi sj anggerik (orkid), Epidendrum spp.; ~ lilin = ~ mabuk sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ samak sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea; ~ seberang sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadung I

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tahu gadung itu mabuk,
     mengapa diratah-ratah?

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bak rasa ubi pula gadung.Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa kuda pula kukuran). gadung = ubi hutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah?Sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai orang mabuk gadung.Pucat lesi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah.Jika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas