Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah; menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang; menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri; kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1 dpt melakukan sesuatu yg berat-berat; bertenaga lagi kuat: Sungguhpun sudah tua, Mat Kilau masih ~. 2 = ~ berani (perkasa) sangat kuat lagi berani melakukan sesuatu: Hang Tuah terkenal sbg pahlawan Melayu yg ~ berani. 3 besar dan tegap badannya; tampan lagi kacak: Pemuda ~ yg baik hati itu telah menghantarnya pulang. 4 kelihatan hebat; tampak mulia: Pd anggapannya, tinggal di Petaling Jaya lebih ~ drpd tinggal di tempat-tempat lain. menggagahi menguasai dgn paksa atau dgn kekerasan; memaksa: Tentera kita berjaya ~ musuh. menggagahkan menjadikan gagah; memberanikan: ~ diri memberanikan diri: Dia ~ dirinya utk memasuki pertandingan itu walaupun saingannya hebat-hebat. kegagahan keadaan atau sifat gagah: Kisah ~ Hang Tuah tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagah

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Geneng di tengah lebuh,
     tahan galah bersijingkat;
geneng di tengah medan (gelanggang),
     tahan taruh di ayam kuyu.

Bermaksud :

Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah.Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang.Gagah atau angkuh kerana harta orang lain. selang = pinjam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lonjak alu penumbuk padi.Berjalan dengan langkah yang gagah kerana suka atau sombong.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas