Gagak lalu punggur rebah. | Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gagak bersuara murai. | Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai gagak menggonggong telur. | Perempuan hodoh berpakaian bagus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya. | Orang yang sudah biasa jahat itu biar bagaimanapun dinasihatkan namun tabiatnya tidak dapat dirubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya. | Orang yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ketika gagak putih, bangau hitam. | Kiasan pada zaman yang sudah silam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung. | Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan kucing bertanduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti mendapat gagak putih. | Perolehan yang bertuah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti burung gagak pulang ke benua. | Walaupun telah keluar negeri, tetapi tidak berubah, keadaannya sama saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |