| Seperti orang kecabaian. | Sangat gelisah. kecabaian = berasa panas pada mulut (tangan dan sebagainya) kerana kena cabai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terpijak bara hangat. | Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak ayam kebasahan bulu. | Gelisah resah; menjijikkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai jawi terkurung siang. | Sangat gelisah kerana tidak bebas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kera (= monyet) kena belacan. | Sangat gelisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti duduk dalam duri. | Sangat gelisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai terpijak batu hangat. | Sangat gelisah, tidak dapat tenang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tidur di atas miang. | Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti cacing kepanasan. | Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terloncat-loncat bagai ulat pinang. | Sangat gelisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |