Bagai gelombang dua belas. | Kehebatan langkah seseorang pendekar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar kapal besar gelombang. | Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana apung dipermainkan gelombang. | Hidup melarat di negeri asing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sama naik bak gelombang, sama turun bak kapecong. | Dua kejadian yang sama keadaannya. kapecong = buah pucung, kepayang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi. | Hidup melarat di negeri asing. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana apung dipermainkan gelombang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |