Dibilang genap, dipapar ganjil. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk tak genap, keluar tak ganjil. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata. | Keadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sang genap: ada orang adalah dia. | Suka turut campur tangan dalam urusan orang lain, walaupun tidak disukai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bungkal genap menahan cuba, emas baik menahan uji. | Keutamaan sifat seseorang dapat diuji dan dicuba. genap = cukup timbangannya; bungkal (bungkalan) = anak timbangan, ukuran berat emas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. | Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang itu empat gasal, lima genap. | Orang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh. | Perkara yang sudah terang. sangkap = genap, cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk tak genap, keluar tak ganjil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |