Tak sama getah daun dengan getah batang. | Kasih kepada anak sendiri tak sama dengan kasih kepada anak saudara. (Bandingkan dengan: Saya getah daun, dia getah batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba. | Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. | Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Saya getah daun, dia getah batang. | Saya anak saudara, dia anak kandung, lebihlah dia daripada saya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak sungguh getah daun, yang sebenarnya getah batang juga. | Sejahat-jahat saudara kandung sendiri, terlebih baik daripada kaum kerabat yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai getah dibawa ke semak. | Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditakik getah di daun. | Hidup melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau getah meleleh, kalau daun melayang. | Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berseleleran bagai getah di lalang. | Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belut kena ranjau (= getah). | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |