Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak. | Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan. (Bandingkan dengan: Seperti kucing keguguran anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai buah keras di dalam sekul. | Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar. | Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |