| Manis seperti (= laksana) gula derawa. | Dua orang suami isteri yang sama-sama elok rupa parasnya. (Bandingkan dengan: Manis bagai gula Jawa). gula derawa = air gula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli. | Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Manis laksana gula Sarawak. | Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. (Peribahasa lain yang sama makna: Manis bagai gula Jawa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti gula di dalam mulut. | Pekerjaan yang sangat mudah; sesuatu yang sudah dikuasai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada gula, ada semut. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hitam-hitam gula Jawa. | Biarpun hitam tetapi manis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Manis bagai gula Jawa. | Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat. | Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mati semut kerana gula (= manisan). | Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Semut mati di gula. | Manusia tersemu dengan pujuk rayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |