Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna-guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Bermaksud :

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kena sentung pelali.Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis manis sepah dibuang.Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya.Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak tahu membalas guna.Melupai budi baik orang; tak berterima kasih kepada kebaikan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adakah duri dipertajam?Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju.Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menabur (= menanam) biji di atas batu.Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat memakai, syarak mengata.Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas