| Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya. | Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apa gunanya merak mengigal di hutan. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meragakan suara kepada si pekak. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meragakan pakaian cantik kepada si buta. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terajar pada banteng pincang. | Tak ada gunanya mengajar orang yang keras kepala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya. | Gadis dalam pingitan, telah melakukan perbuatan sumbang dengan diam-diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dirintang siamang berbuai. | Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dilengah (= dimabuk) beruk berayun. | Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dirintang siamang berbuai). (Bandingkan dengan: Mabuk kerana beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |