Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.sar] | ݢوسر

Definisi : agak bimbang atau risau akan sesuatu yang tidak baik yang mungkin berlaku dan sebagainya (Kamus DBP versi dalam Talian)

[gu.sar] | ݢوسر

Definisi : berang, marah: ia menunjukkan gusarnya kepada saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.sar] | ݢوسر

Definisi : berasa panas hati atau marah: Mengapa tuan ~ terhadap saya? menggusari berasa panas hati atau marah terhadap; memarahi: Dia berasa tidak senang kerana digusari gurunya. menggusarkan menyebabkan berasa gusar: Rengek anak kecil itu ~nya. kegusaran keadaan atau rasa gusar; kemarahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gusar


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tercencang puar, bergerak andilau.Jika orang dihinakan atau mendapat bencana, keluarga atau kaumnya akan merasa tersinggung atau merasa gusar juga. andilau = sama dengan puar tetapi lebih besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas