Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya. | Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melekatkan kersik ke buluh. | Pekerjaan yang dilakukan dengan susah payah tetapi sia-sia. (Bandingkan dengan: Menampalkan kersik ke buluh). kersik = pasir kasar, batu kerikil halus-halus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerat halus kelindan sutera. | Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jarum halus kelindan sutera. | Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerat halus kelindan sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya. | Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpasang jerat halus. | Terkena tipu muslihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab bahasa menunjukkan bangsa. | Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain kasah di atas duri. | Dalam sikratulmaut. kasah (kasa) = kain putih yang halus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |