Biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Genting menanti putus, biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai bisul hampir memecah. | Menghadapi kesulitan yang hampir dapat diatasi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat beban sudah ke tepi. | Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Obat jauh penyakit hampir. | Dalam kesusahan, sukar mendapat pertolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang sesayat (= seiris) sebelanga. | Hampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan jauh telah berjemput, nan hampir telah tiba. | Tentang jemputan (undangan) yang sudah sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Antara dua tengah tiga. | Sakit hampir mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti birah dengan keladi. | Tidak ada bezanya; hampir sama saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam mengarang telur. | Peri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |