| Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam. | Tidak bersungguh-sungguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyandang lemang hangat orang. | Menderita kerana akibat perbuatan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terpijak bara hangat. | Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersandar di lemang hangat. | Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memegang besi panas (= hangat). | Melakukan sesuatu dengan kekhuatiran (waswas dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai terpijak batu hangat. | Sangat gelisah, tidak dapat tenang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terpegang di abu hangat. | Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berani senduk pengedang, air hangat direnanginya. | Berani dengan membuta tuli. senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. | Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |